Ahad, 18 April 2010

al -fatihah

seminggu lalau saya dan keluarga baru menjaga hajah lasmah nawidin di kampung parit amil yong peng...nenek ni dah 80 tahun lebih umurnya.dia sakit tua ketika saya ..isteri dan tiga anak saya serta mak mertua saya jaga nenek ni dah tidak seriang sebelum ini ..kini dia terbaring diam dan tak berkata-kata. dia hanya minum susu khas...kalau 3 bulan lalu banyak cerita dia bualkan dengan saya pasal anak beliau sebelas orang semua pegang jawatan besar dan jadi guru dan berjaya . satu persatu dia sebut hampir semua saya tahu nama mereka.
akhirnya pada jam kir-kira 9.00 pagi ketika saya di pejabat johor bahru saya dimaklumkan kematian nenek lasmah pada 16 april lalu. saya pun bergegas pulang ke batu pahat untuk ke kampung parit amil..hari tu hari jumaat .jenazah dikebumikan lepas asar dapat lah saya bertemu buat kali terakhir sekali lagi menatap wajah nenek tu.
yang hidup pasti akan mati itu janji allah..
saya tolong jaga tu satu hari aja ..abang ipar saya nak hantar anak dia ke asrama nenek ni tiada sapa jaga..maklum anak duduk jauh-jauh. kami semua pun tolong jaga lagipun dah lama tak jumpa rupanya kami digerakan allah agar jaga nenek tu dan ia sumbangan terakhir kami pada nenek tu.. semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang soleh .al fatiha .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan